Demam Babi Afrika | Pampasan kepada penternak terjejas akan dimuktamadkan

2023-02-19 0

Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foon Hin, pihaknya sebelum ini telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan tersebut.